BATU SEMPADAN

Inilah batu sempadan, nak tengok luas kawasan tanah. Kalau hilang, susahlah nak upah balik surveyor, 5k tak cukup.

Batu ini nampak macam biasa-biasa, tapi dengan mengubah benda ini di atas tanah sesuka hati boleh membuatkan pergaduhan yang besar, permusuhan berpuluh tahun dari generasi ke generasi.

Harus diingat jika tercabut, jangan sesuka hati meletak sendiri pada kedudukan yang dianggap betul tanpa pengukuran, jangan mengubah kerana rasa tanah kita tak cukup.
Setiap tanda sempadan sudah mempunyai nilai koordinat kedudukan di atas pelan. Sia-sia jika kita ubah, jangan tipu diri sendiri.

Sekiranya dibubah, jurukur tanah boleh tahu lokasi batu sempadan diubah atau tidak dengan membuat semakan koordinat.

Batu sempadan yang sedia ada adalah batu sempadan dari mula-mula Jabatan Ukur ditubuhkan. Itulah sebabnya terdapat berbagai bentuk dan ukuran saiz. Masih lagi dikekalkan bentuk-bentuk batu sempadan itu, kerana dianggap batu lama dan tidak dibuat balik pada masa sekarang.

Dari situ kita boleh dapat tahu berapa lama usia batu sempadan itu. Pada waktu itu ukur pakai rantai, 1 rantai panjang sama dengan 50m.

Mencabut batu sempadan tanah adalah kesalahan besar dan boleh di penjara.

Walaupun satu meter tanah orang yang kita ambil, ia boleh menghumban kita ke dalam api neraka. Ingatlah sebelum kita ambil hak org azab Allah adalah amat keras dan pedih.

Jangan main-main dengan hal tanah, lebih 1 inci pun nak kena menjawab
.

Credit  : Tinta Biru

Comments

  1. Bukan kata tanah je, apa² harta walau satu sen, walau seranting kayu macam yang disebutkan dalam hadis kena menjawab depan Allah dekat akhirat nanti

    ReplyDelete

Post a Comment