1. Jika status pemilikan tanah masih berstatus sementara. HSD atau HSM. Kebiasaannya tertera No. "PT". Contoh PT472. Keluasannya juga adalah sementara.
2. Sebelum buat belian tanah. Dicadangkan supaya tanah tesebut disemak dahulu status terkini. Berkemungkinan tanah tersebut telah dibuat ukuran halus dalam kata lain, telah ditanam batu sempadan dan keluasannya juga berkemungkinan berbeza dengan keluasan di dalam hakmilik sementara. Sekiranya keluasan terkini (telah diukur halus) lebih kecil dari keluasan di dalam hakmilik sementara. ini akan menyebabkan kerugian kepada pembeli tanah kerana pembelian tidak mengikut status terkini tanah.
3. Terdapat juga kes di mana status tanah telah muktamad. Tertera no "LOT". Contoh Lot 1143. Kebiasaanya no. hakmilik GRN,GM,PM,PN di muka depan hakmilik/Geran. Keluasannya juga muktamad, bukan lagi sementara. Tetapi tanah tersebut terlibat dengan pengambilan projek kerajaan. Contohnya Pengambilan Jalan, Parit, Tali Air dan lain-lain. Kesan daripada pengambilan tersebut juga menyebabkan keluasan Lot tanah mengecil dan menyebabkan kerugian kepada pembeli sekiranya belian mengikut luas asal Lot.
4. Oleh itu, pembeli disarankan supaya menyemak dahulu status terkini tanah samada menggunakan khidmat juru ukur, buat semakan di Pejabat Tanah ataupun semak secara kasar menggunakan aplikasi MyLot. Lebih bagus jika tanah tersebut diukur sempadan dahulu supaya dapat mengelakkan berlakunya kes-kes seperti di atas dan sekaligus dapat mengelakkan isu tersalah kedudukan lot, lot bertindih ataupun terbina rumah/pagar di lot orang lain. Biar rugi sedikit keluar modal untuk sempadan Lot kita daripada menanggung rugi yang besar jika berlaku masalah.

Comments
Post a Comment